Info Teratak Amni
Teratak Amni terletak berhampiran pantai Tok Jembal Kuala Terengganu. Kedudukan Teratak Amni hanya sekitar 200m ke pantai dan 200m ke pagar lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Asal usul nama ialah Homestay Amni sempena nama homestay kami yang pertama di Padang Machang Kuala Terengganu. Pada bulan Disember 2021 kami menukarkan nama kepada Teratak Amni kerana terdapat homestay berdekatan yang telah menggunakan nama Homestay Amni terlebih dahulu. Oleh itu kami perlu tukar supaya tidak mengelirukan guest yang mencari lokasi Teratak Amni ini. Teratak Amni telah dibina pada tahun 2019 dan siap sepenuhnya pada Jun 2020. Kami amat bersyukur sebab ditemukan rumah yang cantik, luas dan lokasi yang strategik sesuai untuk guest yang menginap. Apa yang menarik Teratak Amni ialah lokasi yang berdekatan pusat pengajian utama (UNIZA, UMT), berhampiran pantai (Tok Jembal, Teluk Ketapang, Miami Beach), tempat makan (ICT Firdausy, Dapo Pata dan byk lagi yang tak dapat nak di...