Memenuhi keperluan homestay
Pastinya setiap pembeli rumah akan gembira bila dapat kunci rumah dari developer. Terima kasih pada Cikgu Harun kerana sudi menjual rumah kepada saya.
Maka bermula misi mengisi rumah dengan kelengkapan yang wajib untuk keselesaan guest ke Teratak Amni.
Mula2 sekali sudah tentu keperluan memasang grill rumah. Amat berpuashati dengan kerja tangan tuan Pie.
Untuk membeli perabut kami tidak memilih sangat hanya mengikut budjet kami. Seingat saya hanya 2 buah kedai perabot yang kami pergi kerana kami tiada masa banyak untuk memilih memandangkan kami bekerja makan gaji…hihi..
Dan untuk barang elektrik kami beli di kedai Sen Heng, beli yang ada diskaun banyak. Tak pening kepala nak decide…alhamdulillah alatan elekronik berfungsi baik sehingga hari ini.
Bab langsir kami pejam mata untuk menyediakan sbb Teratak Amni banyak tingkap. Kami buat guna perkhidmatan menjahit beserta pemasangan rail langsir. Ada orang kata mahal tapi kami rasa berbaloi kerana kualiti kain yang diguna. Mak admin kata rumah admin tinggal pun harga langsir tak mahal macam tu. Kami kata yang nak menginap kat Teratak Amni mereka yang membayar dan mereka layak untuk dapat perkhidmatan berkualiti. Ok tak jawapan admin….
Comments
Post a Comment