Posts

Teratak Amni: Kolam Renang Penuh Cerita

Image
Sekian lama kami berada dalam senyap, terkunci dalam kerja hakiki. Namun, Teratak Amni tidak pernah berhenti bergerak. Kami melalui fasa pengubahsuaian, menyesuaikan diri dengan trend pelanggan yang semakin menggemari kolam renang private. Wabak covid telah mengubah kebiasaan hidup kita, dan permintaan untuk ruang rekreasi peribadi semakin meningkat. Sebenarnya, pembinaan kolam renang di Teratak Amni bermula sebelum wabak covid melanda. Namun, kita hanya manusia, kita hanya mampu merancang. Walaupun wabak ini kini dianggap endemik, masalah lain pula muncul. Kontraktor yang membawa onar, duri yang harus kami lalui. Bab kontraktor ini, ceritanya panjang berjela, dan kita biarkan ia terkubur dalam sejarah. Akhirnya, setelah melalui ranjau dan duri, Teratak Amni dengan bangganya membuka kolam renang kami. Ia bukan sekadar kolam, tetapi kolam yang penuh dengan cerita. Di sini, kami tunjukkan koleksi dalam dan luar rumah untuk tatapan anda. Sambutlah keindahan dan keselesaan yang kami tawark...

Memenuhi keperluan homestay

Image
Pastinya setiap pembeli rumah akan gembira bila dapat kunci rumah dari developer. Terima kasih pada Cikgu Harun kerana sudi menjual rumah kepada saya. Maka bermula misi mengisi rumah dengan kelengkapan yang wajib untuk keselesaan guest ke Teratak Amni.  Mula2 sekali sudah tentu keperluan memasang grill rumah. Amat berpuashati dengan kerja tangan tuan Pie.  Untuk membeli perabut kami tidak memilih sangat hanya mengikut budjet kami. Seingat saya hanya 2 buah kedai perabot yang kami pergi kerana kami tiada masa banyak untuk memilih memandangkan kami bekerja makan gaji…hihi.. Dan untuk barang elektrik kami beli di kedai Sen Heng, beli yang ada diskaun banyak. Tak pening kepala nak decide…alhamdulillah alatan elekronik berfungsi baik sehingga hari ini. Bab langsir kami pejam mata untuk menyediakan sbb Teratak Amni banyak tingkap. Kami buat guna perkhidmatan menjahit beserta pemasangan rail langsir. Ada orang kata mahal tapi kami rasa berbaloi kerana kualiti kain yang diguna. Mak ad...

Teruja tunggu rumah siap

Image
Masa nak mencari rumah untuk beli banyak perkara yang difikirkan. Lokasi, harga, tujuan beli dan pelbagai lagi menjadi perkara yang bermain di fikiran. Aduhai memang mencabar masa ketika itu. Pelbagai sumber untuk cari rumah ini termasuk menggunakan mudah.my.  Pengalaman pertama membuka homestay mengajar admin yang lokasi dan permintaan tinggi guest menjadikan ia perkara penting untuk membeli. Keduanya harga rumah sbb admin bukan kaya nak beli cash, menggunakan loan untuk beli. Dan bermula dengan rumah pilihan pertama dikesan dan berada bersebelahan dengan UMT. Rumah jenis teres dan admin target rumah tepi tetapi sedihnya sudah disunting orang. Sumber: FB  NSA Properties & Management Next kami menggunakan khidmat syarikat NSA Properties & Management dan mereka memperkenalkan rumah semi D di area Tok Jembal. Memang kriteria yang kami target, ada kat rumah tu. Tapi….urusan penjualan rumah kami yang dahulu masih belum selesai. Kami tak berani nak teruskan pembelian sbb p...

Info Teratak Amni

Image
Teratak Amni terletak berhampiran pantai Tok Jembal Kuala Terengganu. Kedudukan Teratak Amni hanya sekitar 200m ke pantai dan 200m ke pagar lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.  Asal usul nama ialah Homestay Amni sempena nama homestay kami yang pertama di Padang Machang Kuala Terengganu. Pada bulan Disember 2021 kami menukarkan nama kepada Teratak Amni kerana terdapat homestay berdekatan yang telah menggunakan nama Homestay Amni terlebih dahulu. Oleh itu kami perlu tukar supaya tidak mengelirukan guest yang mencari lokasi Teratak Amni ini.  Teratak Amni telah dibina pada tahun 2019 dan siap sepenuhnya pada Jun 2020. Kami amat bersyukur sebab ditemukan rumah yang cantik, luas dan lokasi yang strategik sesuai untuk guest yang menginap.  Apa yang menarik Teratak Amni ialah lokasi yang berdekatan pusat pengajian utama (UNIZA, UMT), berhampiran pantai (Tok Jembal, Teluk Ketapang, Miami Beach), tempat makan (ICT Firdausy, Dapo Pata dan byk lagi yang tak dapat nak di...