Teruja tunggu rumah siap
Masa nak mencari rumah untuk beli banyak perkara yang difikirkan. Lokasi, harga, tujuan beli dan pelbagai lagi menjadi perkara yang bermain di fikiran. Aduhai memang mencabar masa ketika itu. Pelbagai sumber untuk cari rumah ini termasuk menggunakan mudah.my.
Pengalaman pertama membuka homestay mengajar admin yang lokasi dan permintaan tinggi guest menjadikan ia perkara penting untuk membeli. Keduanya harga rumah sbb admin bukan kaya nak beli cash, menggunakan loan untuk beli. Dan bermula dengan rumah pilihan pertama dikesan dan berada bersebelahan dengan UMT. Rumah jenis teres dan admin target rumah tepi tetapi sedihnya sudah disunting orang.
Next kami menggunakan khidmat syarikat NSA Properties & Management dan mereka memperkenalkan rumah semi D di area Tok Jembal. Memang kriteria yang kami target, ada kat rumah tu. Tapi….urusan penjualan rumah kami yang dahulu masih belum selesai. Kami tak berani nak teruskan pembelian sbb proses akan makan masa. Kami redha dan sebaik kami tolak terus ada orang masuk booking. Memang hot rumah tu…sedih tu tapi apa boleh buat bukan rezeki kami.
Kami rehat sementara untuk mencari rumah sbb tak nak hampa kali kedua. Selepas beberapa bulan selepas mendapat perkhabaran bank yang proses hampir selesai maka bermula kembali misi. Kali ini kami pusing sendiri cari rumah, tekad sama ada rumah baru atau subsale kami akan cari. Rezeki kami terjumpa kawasan pembinaan rumah, rangka rumah pun tak ada lagi, terus turun kereta bertanya pada mereka yang ada di situ yang sedang buat kerja. Rezeki berganda sebab ditemukan dengan tuan rumah sendiri. Maka berkobar admin bertanya, cuma masa tu harga belum ditentukan lagi. Tuan rumah berikan no phone dan property company yang menguruskan segala pembelian. Terkejut admin sebab property company yang sama uruskan pencarian awal. Maka mudahlah segala urusan dan kepercayaan. Selepas dapat membayar booking menjadi kebiasaan admin minta update gambar terkini sebab teruja. Memang tak tahu nak kata apa sebab kriteria yang dicari ada pada rumah tu. Rumah idaman kami sekeluarga.
Comments
Post a Comment