Posts

Showing posts from January, 2022

Memenuhi keperluan homestay

Image
Pastinya setiap pembeli rumah akan gembira bila dapat kunci rumah dari developer. Terima kasih pada Cikgu Harun kerana sudi menjual rumah kepada saya. Maka bermula misi mengisi rumah dengan kelengkapan yang wajib untuk keselesaan guest ke Teratak Amni.  Mula2 sekali sudah tentu keperluan memasang grill rumah. Amat berpuashati dengan kerja tangan tuan Pie.  Untuk membeli perabut kami tidak memilih sangat hanya mengikut budjet kami. Seingat saya hanya 2 buah kedai perabot yang kami pergi kerana kami tiada masa banyak untuk memilih memandangkan kami bekerja makan gaji…hihi.. Dan untuk barang elektrik kami beli di kedai Sen Heng, beli yang ada diskaun banyak. Tak pening kepala nak decide…alhamdulillah alatan elekronik berfungsi baik sehingga hari ini. Bab langsir kami pejam mata untuk menyediakan sbb Teratak Amni banyak tingkap. Kami buat guna perkhidmatan menjahit beserta pemasangan rail langsir. Ada orang kata mahal tapi kami rasa berbaloi kerana kualiti kain yang diguna. Mak ad...

Teruja tunggu rumah siap

Image
Masa nak mencari rumah untuk beli banyak perkara yang difikirkan. Lokasi, harga, tujuan beli dan pelbagai lagi menjadi perkara yang bermain di fikiran. Aduhai memang mencabar masa ketika itu. Pelbagai sumber untuk cari rumah ini termasuk menggunakan mudah.my.  Pengalaman pertama membuka homestay mengajar admin yang lokasi dan permintaan tinggi guest menjadikan ia perkara penting untuk membeli. Keduanya harga rumah sbb admin bukan kaya nak beli cash, menggunakan loan untuk beli. Dan bermula dengan rumah pilihan pertama dikesan dan berada bersebelahan dengan UMT. Rumah jenis teres dan admin target rumah tepi tetapi sedihnya sudah disunting orang. Sumber: FB  NSA Properties & Management Next kami menggunakan khidmat syarikat NSA Properties & Management dan mereka memperkenalkan rumah semi D di area Tok Jembal. Memang kriteria yang kami target, ada kat rumah tu. Tapi….urusan penjualan rumah kami yang dahulu masih belum selesai. Kami tak berani nak teruskan pembelian sbb p...